Jumaat, 8 November 2013

KEM MOTIVASI TAHUN 5

Kem Motivasi Tahun 5 ini telah diadakan pada 1 hingga 3 November yang lalu bertempat di Taman Jalil Alip, Sandakan. Kem ini dianjurkan oleh Unit Kurikulum bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan Kem ini diadakan antara lain adalah untuk meningkatkan motivasi para peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 terutama dari aspek pembelajaran dan sahsiah diri.




KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


Tanggal 28 Oktober 2013 telah berlangsungnya Pelancaran dan Perasmian KM1M Peringkat Daerah Beluran. Pihak sekolah berasa amat berbesar hati kerana Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, Puan Laires Caroline Ano telah sudi menyempurnakan majlis Pelancaran tersebut.